Categories
SELANGOR

Peserta TAWAS puji Kerajaan Negeri sentiasa tunaikan janji

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 23 NOV: Inisiatif Kerajaan Negeri memperkenalkan program tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak 2009 diakui bukan satu omongan kosong.

Kebanyakan peserta yang ditemui dalam Program Pemberian Baucer Anak Masuk Sekolah TAWAS memuji usaha murni Kerajaan Negeri dalam mengotakan janji.

Memiliki perniagaan sendiri, Halim Redzuan, 44, daripada DUN Meru menyifatkan bantuan TAWAS sebagai program yang banyak membantu golongan ibu bapa sepertinya.

“Memang kalau dilihat nilai tidak begitu besar tetapi dalam keadaan kos sara hidup sekarang sekurang-kurangnya membantu.

“Dengan RM50 dapat juga dapat beli sepasang kasut dan baju untuk anak,” kata bapa kepada Hanis Humaira yang berusia enam tahun.

Pandangan itu disokong G Ilango yang menemani anak perempuannya, Sivaneshiny, mengambil baucer dan membeli kelengkapan masuk sekolah.

“Bagi kami, baucer ini memang membantu untuk menyiapkan kelengkapan anak, terutama ini anak pertama kami. Terima kasih Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Ng Chun Keat, 35, pula berharap Kerajaan Negeri dapat meningkatkan lagi jumlah pemberian baucer.

“Nilai RM50 sekarang bukan dapat tampung banyak barang, satu dua barang juga adakala sudah lebih dari jumlah itu.

“Jadi, cadangan saya naikkan sehingga RM200 bagi meringankan golongan berpendapatan rendah. Kos keseluruhan anak masuk sekolah juga sudah lebih RM 1,000 sekarang,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.