Categories
SELANGOR

Petaling Jaya bandar raya pertama Asia wujud hubungan antarabangsa dengan Asan

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 21 NOV: Permeteraian perjanjian ‘Friendship Cooperation’ antara Petaling Jaya dan Asan pada 13 November lalu menjadikan ia bandar raya pertama di Asia menjalin hubungan antarabangsa dua hala dengan bandar raya di Korea Selatan itu.

Melalui hubungan itu akan memberi manfaat kepada peringkat pengurusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan penduduk bandar raya menerusi pemindahan teknologi termasuk perancangan dan sistem pengurusan canggih dipraktikkan bandar raya berkenaan.

MBPJDatuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata kewujudan kerjasama itu memberi motivasi kepada pengurusan MBPJ mempertingkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan prinsip digariskan dalam Perancangan Strategik MBPJ 2010-2015.

“Bandar raya Asan terkenal dengan kawasan perindustrian berteknologi tinggi dan kawasan tarikan pelancongan iaitu ‘Hot Spring’ serta kawasan perkampungan tradisional.

“Kunjungan rasmi ke Asan adalah bagi memeterai ‘LOI – Letter Of Intent’ dan lawatan taknikal dari aspek perancangan bandar, reka bentuk bandar, pengurusan sisa pepejal, pembangunan komuniti bandar, sosial dan kebudayaan,” katanya berucap dalam Mesyuarat penuh MBPJ di sini hari ini.

Delegasi MBPJ disertai tiga Ahli Majlis dan enam pegawai diketuai Alinah mengadakan lawatan rasmi ke Asan pada 12 hingga 16 November lalu.

Alinah berkata, rombongan itu berpeluang meninjau dan mempelajari pelbagai perkara termasuk melawat beberapa kawasan antaranya Onyang Folk Museum, Asan Environment and Science Park, Oeam Tradisional Folk Village dan Lifelong Learning Center.

“Semestinya lawatan itu amat bernilai, jelas pembelajaran yang diperoleh sepanjang tempoh itu,” katanya.

Sebagai kunjungan balas, Alinah berkata, delegasi Asan dijangka berkunjung ke Petaling Jaya pada April atau Mei tahun depan bagi memeterai ‘Perjanjian Sister City’ dengan MBPJ.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.