Categories
SELANGOR

PKNS ditugas kaji pemulihan projek rumah terbengkalai di Sungai Yu

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditugas memuktamadkan kajian pemulihan keseluruhan projek terbengkalai pembesaran Kampung Taman Desa Mawar di Sungai Yu, Permatang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata hasil kajian dijangka dibentangkan ke peringkat Lembaga Pengarah PKNS pada bulan Februari 2015.

grafik-DNSKatanya, perkara itu juga akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbang cadangan dan penyelesaian projek berkenaan.

“Kontraktor dilantik sebelum ini, Lian Feng Construction Sdn Bhd berjaya siapkan Fasa 1 dan 2 namun gagal menyiapkan Fasa 3 hingga terbengkalai akibat masalah kewangan syarikat.

“Akibatnya sebahagian pembeli terpaksa menyiapkan sendiri unit mereka.

“Bagaimanapun, kemudahan infrastruktur masih belum sempurna dan mematuhi syarat dariapda agensi berkaitan seperti sistem kumbahan, sistem bekalan air dan sebagainya,” katanya dalam sesi penggulungan hari ini.

Sebelum ini, sewaktu sesi perbahasan, Sulaiman Abdul Razak (Umno-Permatang) membangkitkan isu projek-projek terbengkalai di Mukim Hujung Permatang.

Projek Pembesaran Kampung Taman Desa Mawar, Sungai Yu dimajukan kontraktor dilantik, Fokus Perkasa Sdn Bhd untuk siapkan 560 unit.

Namun, syarikat itu dikenakan perintah penggulungan oleh mahkamah yang kemudiannya melantik Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd sebagai pelikuidasi.

Kerajaan Negeri dengan pelikuidasi melantik pula Lian Feng Construction Sdn Bhd menyiapkan keseluruhan projek namun gagal menyiapkan bagi 263 unit dengan kemajuan projek 90 peratus.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.