Categories
SELANGOR

PKNS pastikan Skim Dana Sel bantu rakyat miliki kediaman direalisasikan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 NOV: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyambut baik dan menyokong penuh inisiatif Kerajaan Selangor memperkenalkan Skim Dana Sel bagi memberi peluang kepada golongan peneroka bandar memiliki kediaman sendiri.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah berkata, PKNS selaku agensi bertanggungjawab dalam pembangunan perumahan di negeri itu akan memberikan komitmen terbaik bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Selangor.

pkns-usahawan“Kami menyambut baik langkah baru yang akan diperkenalkan kerajaan dalam membantu rakyat Selangor khususnya dalam pemilikan rumah mampu milik.

“PKNS telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat dan kami beriltizam untuk menjadi pemaju perumahan kepada rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata, inisiatif itu akan diberikan dalam bentuk pinjaman kepada mereka yang gagal mendapat kelulusan bank bagi membeli rumah mampu milik yang ditawarkan.

Katanya, mekanisma Skim Dana Sel akan diumumkan secara rasmi pada pembentangan Belanjawan Selangor 2015, pada 24 November ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.