Categories
SELANGOR

Portfolio exco patut disusun licinkan pentadbiran

SHAH ALAM 25 NON: Susunan portfolio Kerajaan Negeri yang bertindih patut diringkaskan dan digabung untuk melicinkan pentadbiran.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, berkata Portfolio Pembangunan Usahawan harus bergabung dengan Portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

grafik-DNSManakala Portfolio Kebajikan harus bergabung dengan Portfolio Kerajaan Prihatin.

“Kerajaan harus memikirkan Portfolio Pekerja Ladang ditukar nama kerana majoriti pekerja ladang dan estet di Selangor pekerja asing dan bukan rakyat Malaysia berketurunan India.

“Ini menjadikan portfolio yang diwujudkan sejak zaman kerajaan Barisan Nasional tidak sesuai dengan keperluan semasa,” katanya semasa ucapan perbahasan Belanjawan Selangor 2015 di sini, hari ini.

Katanya, ada baik kerajaan Pakatan Rakyat yang bersikap reformis melihat kembali penyusunan semula portfolio itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.