Categories
SELANGOR

Potong pembiayaan PTPTN tidak wajar, pembaziran melampau dibiarkan

SHAH ALAM 5 NOV: Langkah Perbadanan Tabung Pendididkan Tinggi Nasional (PTPTN) memotong pembiayaan sebanyak lima peratus ke IPTA dan 15 peratus ke IPTS tidak wajar ketika rakyat berhadapan keadaan kewangan semakin tertekan.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia membuktikan bahawa dasar pembiayaan pendidikan Kerajaan Pusat gagal sama sekali.

PTPTN-Grafik-baru1Katanya, pembaziran dan ketirisan melampau dibiarkan begitu sahaja sementara akses kepada pendidikan menjadi mangsa.

“Pendidikan tinggi bukan keistimewaan atau kemewahan. Pendidikan tinggi semakin hari menjadi kepentingan awam,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata Kerajaan Pusat sewajarnya meluaskan capaian ke IPT, bukannya menyukarkan keadaan atau lebih dasyat lagi memusnahkan impian anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran.

“Perlu ada penstrukturan menyeluruh IPTS yang banyak kolej tidak berkualiti hidup semata-semata atas pembiayaan PTPTN tetapi gagal memberikan pendidikan berkualiti dan membebankan generasi muda kita dengan hutang keliling pinggang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.