Categories
KENYATAAN MEDIA

Potongan bajet IPTA teruk, yuran universiti dijangka naik 20%

Oleh: Sim Tze Tzin

Dalam sesi perbahasan Kementerian Pendidikan semalam, saya telah membangkitkan potongan bajet yang dahsyat terhadap 60000 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Jumlah keseluruhan potongan bajet 2015 adalah sebanyak RM 1,046,630,000 atau bersamaan dengan -12.36% berbanding bajet 2014. Daripada 20 IPTA, 18 IPTA mengalami potongan bajet yang di antaranya UPM mengalami potongan setinggi 35.35%.

10477895_577106882419519_3515856188202065253_nSaya amat terkejut dan berasa kesal atas pemotongan yang mendadak ini. Sila rujuk carta.
Pada masa yang sama jumlah pelajar dalam IPTA telah berkembang 39,999 pelajar atau bersamaan dengan 8.03%. Daripada 20 IPTA semua universiti mengalami peningkatan jumlah mahasiswa, kecuali UTM.

Ini bermaksud, IPTA mengalami dua masalah (double whammy), potongan bajet dan peningkatan mahasiswa.

Dalam keadaan yang begini, kewangan universiti akan terjejas teruk. Kalau kita ambil contoh UPM pelajar naik 11.15% tetapi potong bajet 35.35%, ini bermaksud defisit UPM mungkin mencapai 46.5%. UMK pelajar naik 15.61%, bajet dipotong 35.08% akan mencapai defisit 50.7%.

Dalam keadaan demikian, pihak universiti hanya mempunyai 2 pilihan: Naikkan yuran pelajar atau potong bajet R&D dan perkhidmatan pembelajaran. Atau kedua-duanya sekali. Kami menjangkakan pihak universiti akan melaksanakan kedua-duanya sekali.

Maka, kami menjangkakan yuran universiti akan dinaikan pada tahun depan. Ini akan melibatkan 538,077 mahasiswa dalam IPTA.

Peratusan kenaikan yuran dijangkakan dalam lingkungan 18-20% untuk menampung defisit yang dialami oleh IPTA. Pihak universiti juga mungkin menaikkan yuran-yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran, fi perkhidmatan dan sebagainya.

Dalam keadaan pinjaman PTPTN dipotong, kenaikan yuran universiti akan menjadi sangat tidak popular di kalangan mahasiswa.

Dalam keadaan potongan bajet yang begitu besar, pihak universiti juga dijangka akan memotong bajet perkhidmatan pembelajaran dan R&D.

Perkhidmatan pembelajaran seperti peralatan makmal sains, journal sains dalam perpustakaan, computer software license juga dijangka akan dikurangkan.

R&D grant juga dijangka akan dipotong. Ini akan mengakibatkan banyak projek R&D yang kritikal terjejas. Ini tidak bantu pembangunan Negara. Dalam keadaan sedemikian, kedudukan universiti tempatan dalam world higher education ranking juga akan jatuh lagi.

Pemotongan bajet ini sejajar dengan kajian HEAP (Higher Education Complaint and Advisory Panel) oleh PKR. Kami mendapati penurunan pengambilan pelajar sebanyak 9.87% pada bulan Ogos oleh MOE.

Mungkin pihak MOE telah merancang untuk mengurangkan pengambilan pelajar
kerana menjangka pemotongan bajet IPTA 2015. Akibat tekanan pihak pelajar dan Pakatan Rakyat, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail telah mengumumkan penambahan pengambilan pelajar
seramai 5,328 ke IPTA pada bulan September.

Kami mendesak pihak MOE kembalikan bajet sebenar kepada IPTA. Bajet sebenar bermaksud sejajar dengan peningkatan 8.03% mahasiswa,

bajet 2014 harus ditambah 8.03% atau lebih. Maka bajet IPTA untuk tahun 2015 seharusnya lebih daripada RM 9,146,244,142.

Pendidikan universiti adalah sektor yang kritikal untuk memacukan negara untuk mencapai negara maju. Kerajaan BN tidak haruslah memotong bajet IPTA semata-mata kerana gagal menangani masalah rasuah dan pembaziran dalam pengurusan bajet.

Kalau boleh melaburdalam 1MDB, mengapa tidak boleh melabur dalam pendidikan rakyat Malaysia?

Dalam manifesto Pakatan Rakyat, kami mengetahui betapa pentingnya mahasiswa dalam pembangunan Negara. Kami telah menjanjikan pendidikan percuma kepada semua mahasiswa Pengajian Tinggi.

Pakatan Rakyat tahu betapa pentingnya melabur dalam pendidikan tinggi
rakyat Malaysia. Dalam sesi perbahasan semalam, Menteri Pendidikan II YB Dato’ Idris Jusoh tidak menjawab soalan saya.

Maka saya memohon menteri respond dan jawap kepada para mahasiswa.

* Sim adalah Ahli Parlimen Bayan Baru merangkap Pengarah Strategi KEADILAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published.