Categories
SELANGOR

Progran BES diperhebat dan lebih aktif tarik penyertaan belia

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 8 NOV: Program Belia Ehsan Selangor (BES) akan dianjurkan dengan lebih banyak dan spesifik di seluruh Selangor pada tahun depan dengan penyertaan lebih ramai golongan muda dan belia negeri ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata ia berikutan kejayaan penganjuran program seperti itu yang dijalankan di sepanjang tahun ini membabitkan semua Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Selangor.

belia8“Kita dah anjurkan di semua PeBT dan ia sebahagian program dirancang bagi tahun ini. Ia adalah gabungan baik antara semua pihak seperti kampung, mukim, pusat khidmat masyarakat dan yang lain.

“Tahun depan kita merangka program lebih spesifik. Kalau program sukan, kita perbanyakkan aktiviti sukan popular dalam masyarakat. Begitu juga program lain seperti kebudayaan, kesenian dan sebagainya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Hari Keluarga Mukim Labu, Walkathon Desa PeBT Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia bagi daerah Sepang di sini, hari ini.

Ketika berucap, Amirudin berkata, generasi muda perlu bersedia dan menghadapi segala cabaran berlaku dengan pemikiran terbuka melalui proses pembangunan dan kemajuan masa kini.

“Bersama dengan pembangunan dan kemajuan itu akan lahir cabaran baru. Cabaran yang mungkin tidak kita hadapi 10 tahun dulu, 30 tahun dulu.

“Kita perlu bersedia menerusi pengisian pelbagai malumat berserta dengan prinsip dan jati diri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.