Categories
SELANGOR

Rakyat mahu penstrukturan air diselesai segera, elak terus jadi mangsa

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 NOV: Rakyat Selangor berharap penyelesaian penstrukturan semula industri air negeri itu dapat diselesaikan segera dan dilaksanakan secara baik bagi memastikan keperluan asas mereka diuruskan dengan penuh tanggungjawab.

Lebih penting bagi rakyat, maslaah air berpanjangan yang pernah menghiasi catatan pengalaman hidup mereka tidak lagi berulang terutama apabila berhadapan catuan air tidak berjadual.

Syahirul Adli, 28, dia yang tinggal di pangsapuri di Kota Kemuning terpaksa menumpang di masjid hanya untuk mandi ketika berhadapan krisis catuan air yang lalu.

IMG_4549Mengakui menerima manfaat daripada program pemberian air percuma 20m3, katanya, penstrukturan semula air itu diharap dapat memberikan keuntungan kepada rakyat di samping meminimumkan masalah bekalan air di Selangor.

“Saya secara peribadi terpaksa mandi di masjid ketika krisis air berlaku tempoh hari.

“Walaupun saya berstatus bujang, keadaan sedemikian dirasakan cukup perit terutama bagi yang berkeluarga. Yang penting dalam isu air ini, rakyat Selangor kekal mendapat keuntungan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, rakyat akan terus menjadi mangsa jika krisis itu berpanjangan.

mohd al fareez ismail 27Sementara itu, Mohd Al Fareez Ismail, 27, berkata apa yang penting kemelut berpanjangan itu dapat diselesaikan secara baik, selain berharap krisis bekalan air tidak berulang.

Beliau turut menegaskan, pemberian air percuma yang sudah dimulakan sejak pemerintahan Selangor diberikan kepada Pakatan Rakyat perlu dikekalkan kerana bermanfaat terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

“Apa yang penting sekarang adalah penstrukturan ini perlu dimuktamatkan segera. Cukuplah kesengsaraan yang dihadapi rakyat Selangor dalam isu ini,” katanya yang tinggal di Puncak Alam.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.