Categories
SELANGOR

Rakyat patut ambil manfaat program kebajikan MES

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 2 NOV : Isteri Dato’ Menteri Besar, Shamshida Taharin mengajak seluruh rakyat khususnya golongan wanita mengambil manfaat pelbagai program agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) disediakan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, antara program ditawarkan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi membantu individu kurang bernasib baik mendapatkan rawatan daripada pakar.

Shamsidar serah hamper sempena Deepavali (1)“Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di mana mereka hanya perlu mengisi borang untuk dapatkan rawatan.

“Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin kerana apa sahaja program disediakan untuk membantu rakyat,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) di Bukit Tinggi, pagi tadi.

Pada masa sama, beliau turut mengemukakan hasrat melaksanakan program ziarah medik bersama Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi bagi membolehkan mereka turun padang dan memberikan rawatan kesihatan kepada pesakit yang hilang upaya.

Katanya, program itu masih dalam perbincangan dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat bagi memastikan rakyat Selangor menerima perkhidmatan terbaik.

Shamsidar serah hamper sempena Deepavali (3)“Kita akan turun ke kawasan tertentu untuk membawa ubat serta peralatan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan memandangkan ramai di kalangan kita yang hilang upaya.

“Saya harap ia dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Dalam majlis pagi tadi, Shamshida turut menyerahkan bantuan hamper dan wang ringgit sejumlah RM100 kepada 30 wanita yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal sempena sambutan Deepavali baru-baru ini.

PEKAWANIS adalah persatuan yang menumpukan kepada gerak kerja kebajikan serta menguruskan rumah kebajikan di Shah Alam untuk wanita muda yang menghadapi masalah, selain menguruskan pusat dialisis di Klang.

Setiap kali sambutan perayaan, persatuan terbabit akan menyumbangkan RM3,000 untuk diagihkan kepada wanita atau keluarga miskin di setiap DUN.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.