Categories
SELANGOR

RM2.8 juta jayakan Program Pusat Wanita Berdaya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) pagi ini meluluskan sejumlah RM2.8 juta untuk menjayakan Program Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi 2015.

Exco Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi berkata Bahagian Sumber Manusia akan melantik tiga pegawai baru di peringkat negeri bagi menjamin kelancaran program.

grafik-DNSKatanya, seorang Pegawai Tadbir (N41), seorang Penolong Pegawai Tadbir (N27) dan seorang Pembantu Tadbir (N17).

“Selain itu kita juga akan lantik 56 orang penyelaras PWB yang dicalonkan sendiri Adun secara ‘contract for service’ dengan bayaran elaun RM1,500 sebulan.

“Mereka akan ditempatkan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN dan boleh guna pakai kemudahan dan kelengkapan pejabat,” katanya dalam sidang media di Lobi DNS.

Mengulas lanjut, Daroyah berkata setiap PWB diperuntukkan RM30,000 dan peruntukan akan disalurkan melalui permohonan kertas kerja.

“Prestasi dinilai melalui keaktifan aktiviti yamg dijalankan meliputi 12 bidang fokus yang ditetapkan.

“Sekiranya didapati tiga minggu berturut-turut tiada aktiviti, perkhidmatan penyelaras akan ditamatkan dan digantikan baru,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.