Categories
SELANGOR

RM30 juta bantu rakyat miliki rumah, RM10 juta laksana DanaSel

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 NOV: Sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi membantu rakyat negeri itu memiliki kediaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu disalurkan bagi melaksanakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) dengan peruntukan permulaan RM10 juta.

10731070_10205197403725810_7119491432209631314_nPeruntukan itu disalurkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi menyelesaikan masalah peneroka bandar dengan menggunakan konsep sewa dan milik.

“Golongan peneroka bandar diberikan rumah kos rendah untuk disewa dan memiliki rumah itu setelah tempoh penyewaan mencapai mencapai tempoh matang ditetapkan mengikut terma dan syarat perjanjian sewa dan milik,” kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015 yang bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

10730897_818859168178431_7467407850314655035_nKerajaan Negeri memperuntukkan RM20 juta sebagai dana pusingan bagi membiayai Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT).

“Sebagai permulaan 2015, empat projek melibatkan 956 unit rumah kos rendah dikenal pasti dipulihkan TEPAT,” kata Mohamed Azmin lagi.

Kerajaan Negeri komited menyelesaikan isu perumahan lebih 400 keluarga bekas pekerja ladang dipindahkan daripada Ladang Perang Besar, Ladang Medingly, Ladang Galloway dan Ladang Sedgely keTaman Permata Dengkil, Sepang kerana perlaksanaan projek Putrajaya.

“Kerajaan Negeri telah selesai projek pengambilan tanah seluas 30 ekar milik Sime Darby di Mukim Dengkil pada Oktober 2014 lalu dengan pampasan sebanyak RM12.1 juta yang sudah dibayar pada 18 November lalu,” kata Azmin lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.