Categories
SELANGOR

Roslinah dilantik Pegawai Daerah wanita pertama di Selangor

SHAH ALAM, 10 NOV : Roslinah Md Jani mencatat sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai Pegawai Daerah wanita pertama di Selangor bagi kawasan Sepang berkuatkuasa 15 November ini.

Selain Roslinah, Datuk Haris Kasim turut dilantik sebagai Pegawai Daerah Hulu Langat yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi di pejabatnya hari ini.

10624678_854866127879767_3493785500124425080_nRoslinah ketika ini berkhidmat sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor.

Manakala Haris mempunyai pengalaman sebelum ini sebagai Pegawai Daerah Sepang.

Mohamed Khusrin dalam posting di Facebook turut mengucap tahniah atas pelantikan kedua-dua individu terbabit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.