Categories
NASIONAL

Sasterawan Negara: Umno yang terancam bukan Melayu & Islam

SHAH ALAM 25 NOV: Umno yang sebenarnya terancam di Malaysia, bukannya Melayu dan Islam, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

A Samad Said mempersoalkan bagaimana Melayu dan Islam terancam di Malaysia ketika semua jawatan tertinggi dalam negara diduduki orang Melayu.

umno-retak“Sejak dulu hingga sekarang, perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri terdiri daripada orang Melayu,” kata Samad.

Beliau berkata demikian kepada lebih 200 hadirin yang hadir ke Hotel Mandarin Court pada forum bertajuk “Apakah Melayu dan Islam Diancam?”.

Samad berkata, sejak awal kemerdekaan negara, orang Melayu sudah menguasai semua jawatan tertinggi dan berpengaruh yang menentukan hala tuju Malaysia.

“Lihat polis dan tentera, majoritinya Melayu, termasuk semua jawatan tertinggi. Jadi mengapa Melayu dan Islam terancam?”

“Persoalan Melayu dan Islam sedang diancam hanya berbangkit semasa pilihan raya umum dan perhimpunan agung Umno,” kata Samad dipetik The Malaysian Insider.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.