Categories
SELANGOR

Sekretariat khas jamin kelancaran aktiviti Kota Seni

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV:  Sekretariat khas diwujudkan bagi menjamin kelancaran aktiviti di bawah program Kota Seni.

Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari (PKR- Batu Caves) berkata, badan itu dianggotai individu berkelayakan dan berkeupayaan dalam bidang seni dan budaya.

Bajet MS11“Kita pastikan fasiliti seperti Teater Shah Alam ada penggerak di kalangan aktivis teater dan mereka memahami tentang pergerakan seni.

“Hasil kajian awal memang ada satu agensi bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang memerhatikan pergerakan aktiviti ini namun jumlah tiga orang dan ini sangat kecil.

“Untuk jayakan kita perlukan sekretariat yang ampuh di peringkat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sesi penggulungan hari ini.

Mengulas lanjut penubuhan Kota Seni, Amirudin memberitahu pemilihan Shah Alam dan Petaling Jaya dipilih berasaskan beberapa faktor.

“Antaranya terdapat institusi sokongan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (UNISEL).

“Selain itu ada juga individu dan watak sokongan kumpulan tertentu yang memang aktif untuk capai hasrat Kerajaan Negeri,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.