Categories
SELANGOR

Selangor Cyber Games tawar hadiah RM30,000

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Penggemar permainan siber di Selangor dialu-alukan menyertai Selangor Cyber Games 2014 bagi merebut wang tunai sehingga RM30,000.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata penganjuran kali pertama itu akan diadakan di The Strand, Kota Damansara pada 13 dan 14 Disember.

10690067_734882456603696_1453511679015916446_nKatanya, penganjuran ini merupakan satu bentuk sokongan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap permainan siber atau atas talian sebagai satu bentuk e-sukan.

“Bidang sukan ini mempunyai komuniti peminat tersendiri yang ramai dan menjadi satu industri kreatif yang besar.

“Bahkan kita mempunyai pasukan e-sukan yang terhandal di rantau ini dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Kita mahu program kita ini juga akan menggalakkan lagi perkembangan e-sukan di Selangor bagi melahirkan generasi muda yang aktif dan berdaya saing,” katanya dalam sidang media di Lobi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Program anjuran bersama Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor itu turut menerima kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mineski Event Team, Sinar Harian dan Majalh PC serta Penyelaras Kota Damansara.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh melayari www.e-sukan.com/scg.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.