Categories
SELANGOR

Selangor sambut baik usaha berterusan sektor pendidikan swasta

Oleh:NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri berusaha keras memastikan sektor pendidikan swasta turut serta sepenuhnya di dalam program ko-kurikulum seperti ssekolah kerajaan, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri lawatan khas ke Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB), di Gombak, pada 11 November lalu.

sIMG_2649“PPAAB dilihat semakin berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1986 termasuk peningkatan jumlah pelajar dan kemudahan yang terdapat di sini juga seiring dengan piawai pendidikan kebangsaan.

“Jadi, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada sektor pendidikan swasta selari dengan pengiktirafan kepada pilihan ibu bapa yang inginkan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik,” katanya.

Lawatan bermula jam 10 pagi itu disambut Pengarah Pusat Pendidikan Al-Amin, Shaharom Md Shariff; ahli lembaga pengarah dan guru PPAAB.

sIMG_2671Lawatan dimulakan dengan pembentangan Pengarah PPAAB berkenaan sekolah pusat berkenaan yang ada di seluruh Malaysia terutama di Selangor.

Lawatan diteruskan dengan tinjauan ke kawasan sekolah bagi melihat keadaan kemudahan infrastuktur yang terdapat di PPAAB bagi mengenalpasti kekurangan dan keperluan mendesak sebelum bantuan diturunkan.

PPAAB adalah sebuah pusat pendidikan swasta yang menekankan pendidikan berteraskan agama dan akademik.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.