Categories
SELANGOR

Selcat sedia siasat isu pampasan RM2.3 juta bekas kakitangan MBI

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 NOV : Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (Selcat) bersedia untuk menyiasat isu pembayaran RM2.3 juta pampasan kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Bagaimanapun, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata perbincangan mengenai hal itu hanya boleh dijalankan selepas selesai sidang dewan minggu depan.

grafik-DNS“Kami mempunyai peraturan tetap yang mengatakan semasa sidang DNS sedang berjalan, jawatankuasa pilihan tidak boleh bermesyuarat.

“Jawatankuasa Selcat akan bertemu dan bermesyuarat selepas sidang dewan dan kami akan membuat keputusan untuk menyiasat perkara ini atau tidak,” katanya dalam sidang media di lobi DNS, hari ini.

Semalam, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata laporan penuh audit melibatkan ganjaran kepada bekas kakitangan MBI akan dibentangkan dalam sidang DNS minggu hadapan.

Ia adalah susulan laporan media bahawa beberapa kakitangan MBI diberikan pampasan besar mencecah RM2.3 juta ekoran pengunduran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi MBI.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.