Categories
SELANGOR

Semak semula kadar fi lesen perniagaan PBT

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 NOV : Kerajaan Negeri menyatakan komitmennya untuk menyemak semula kenaikan kadar fi lesen di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi 2015 terutama lesen perniagaan bagi peniaga kecil.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah, berkata sehingga kini semua PBT sudah melaksanakan kadar baru fi lesen itu kecuali Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

grafik-DNS“Kerajaan akan memastikan perkara ini dilaksanakan dan kadar fi lesen yang baru akan dikuatkuasakan pada 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan berkaitan portfolio kerajaan tempatan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Terdahulu, Gan Pei Nei (PKR-Rawang) dalam perbahasannya menyentuh isu kenaikan kadar fi lesen perniagaan di PBT yang membebankan peniaga dan memohon supaya kenaikan itu ditangguh.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.