Categories
SELANGOR

Shah Alam & PJ jadi Kota Seni, jadikan budaya peluang ekonomi

SHAH ALAM 29 NOV: Bandar raya Shah Alam dan Petaling Jaya patut menjadi Kota Seni atau Kreatopolis yang dapat meningkatkan penglibatan sektor ekonomi kreatif tempatan dalam ekonomi kreatif global yang sedang maju dan pesat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata filem, teater, penerbitan, industri musik, pembuatan apps perlu dimajukan serta diintegrasikan dengan trend global.

laman seni seksyen 7 MB 7aKatanya, Selangor perlu bergabung tenaga dengan pemain serantau untuk memperkukuhkan modal insan serta kepakaran dalam sektor ini.

“Usaha kerajaan negeri menjadikan Bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya sebagai Kota Seni penting melahirkan masyarakat sentiasa hidup dengan interaksi sihat melalui aktiviti seni, kebudayaan dan intelektual.

“Aktiviti sebegini menghapuskan prasangka dan mengeratkan hubungan sesama rakyat,” kata Amirudin semasa penggulungan Belanjawan Selangor 2015 di Dewan Negeri Selangor.

Katanya, kekeliruan budaya adalah semata-mata estetika atau cita rasa keindahan perlu diperbetulkan.

Bajet MS11“Kita juga perlu melihat budaya dari sudut ekonomi dan industri. Ekonomi kreatif kini dilihat semakin penting memandangkan saiznya yang begitu besar,” katanya.

Jelasnya pada 2011, ekonomi kreatif yang dikenali ekonomi jingga berjumlah USD4.3 trillion, 20 peratus lebih besar dari ekonomi Jerman dan dua setengah kali ganda dari keseluruhan perbelanjaan ketenteraan seluruh dunia.

Menurut United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD), antara tahun 2002 hingga 2011 eksport barang dan perkhidmatan kreatif meningkat sebanyak 134 peratus.

“Kita berusaha menjadikan Shah Alam sebagai hub seni lukis serantau dengan seniman dapat membuka studio mereka dan berkarya di sini.

“Bahkan kita juga boleh menjadikan Shah Alam sebagai pusat ‘art auction’ serantau dengan para peminat lukisan, kurator dan pelelong lukisan dapat datang ke sini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.