Categories
SELANGOR

Shamsudin: “BN tolak peruntukan RM200,000, tapi terima kereta”

SHAH ALAM 25 NOV: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata 12 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak cadangan peruntukan RM200,000 diberikan kepada mereka.

“Kita Adun BN mengucapkan terima kasih cadangan tersebut tetapi kita menolak.

Sidang DUN 24.11.2014 (2)“Kita mahu melihat apa rasionalnya pemberian tersebut kerana bukan kerana niat yang ikhlas,” kata Shamsudin semasa perbahasan Belanjawan Selangor 2015.

Katanya beliau mempersoalkan keikhlasan cadangan itu kerana Penyelaras ADUN juga menerima peruntukan diberi kerajaan negeri sedangkan 12 Adun BN dipilih rakyat.

“Buat apa untuk ada penyelaras DUN,” katanya.

Dalam Belanjawan Selangor 2015, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mencadangkan agar peruntukan RM200,000 diberi kepada Adun pembangkang.

Shamsudin berkata beliau bagaimanapun menerima pemberian kereta rasmi Ketua Pembangkang jenis Toyota Camry berharga RM200,000 dan merangkumi elaun tetap, bayaran gaji pemandu (termasuk elaun), bayaran gaji setiausaha kerja (termasuk elaun).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.