Categories
SELANGOR

Sidang DNS: Cetak iklan haram syarikat percetakan dibatal lesen niaga

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 NOV: Syarikat pencetakan terlibat mencetak iklan pinjaman kewangan tidak berlesen berdepan tindakan penarikan dan pembatalan lesen perniagaan bagi tempoh setahun.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata tindakan itu antara inisiatif bagi mengekang masalah iklan haram yang semakin berleluasa.

grafik-DNS“Arahan melalui Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) pada 21 November lalu kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti syarikat atau agensi percetakan terlibat dengan iklan haram.

“PBT juga bekerjasama dengan Bahagian jenayah dan Komersial Polis bagi membanteras penampilan iklan ‘ah long’ dengan mengadakan operasi bersepadu Polis bersama NGO,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan dari Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Bagi iklan ‘ah long’, nombor telefon yang diiklankan dimajukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan pembatalan talian.

Beliau menambah, individu yang mengantung iklan haram turut tidak terlepas dari tindakan undang-undang.

“Tangkapan kepada mereka yang mengantung iklan haram, kompaun akan dikenakan,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.