Categories
SELANGOR

Skim Khas selesai rumah terbengkalai Taman Sg Yu

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Skim Program Khas Perumahan Kos Rendah disediakan bagi menyelesaikan satu lagi projek rumah terbengkalai di Taman Sungai Yu Indah di Permatang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Projek Perumahan Terbengkalai (JPPT) pada September lepas setuju meminda sebahagian komponen pembangunan projek berkenaan.

grafik-DNSKatanya, sebahagian Rumah Kos Rendah digantikan kepada Rumah Kos Sederhana sebanyak 120 unit dan Rumah Teres Mampu Milik sebanyak 272 unit.

“Manakala baki melibatkan 107 pembeli akan dikekalkan sebagai Rumah Kos Rendah.

“Ini bertujuan menjadikan projek tersebut berpotensi dipulihakn dan membantu menyelesaikan masalah projek berkenaan terus terbengkalai,” katanya dalam sesi penggulungan hari ini.

Projek ini merupakan projek usahasama antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Serambi Padu Sdn Bhd melibatkan 499 unit Rumah Kos Rendah (RKR) dengan 107 pembeli.

Pada masa itu, keseluruhan pembangunan disyaratkan untuk pembinaan RKR sahaja.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.