Categories
SELANGOR

Skimsel sasar 12,000 peserta, MimBAR 8,000

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 NOV : Peningkatan sehingga 12,000 peserta setahun disasar mendaftar di bawah Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel), manakala program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) sebanyak 8,000 peserta.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata sejak 2011, Skimsel berjaya menjangkau seramai 10,427 golongan berpendapatan rendah, manakala MiMBAR pula seramai 5,038 peserta.

grafik-DNS“Angka ini menunjukkan Skimsel dan MiMBAR berjaya memberi kepercayaan kepada golongan miskin untuk menyertai seterusnya mendapat manfaat bagi mengubah kehidupan mereka.

“Daripada sejumlah dana untuk Skimsel, lebih RM25 juta disalurkan kepada semua peserta sementara MiMBAR berjaya memberi pembiayaan sebanyak RM10 juta,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Dalam pada itu, Daroyah (PKR-Sementa) turut memaklumkan peratusan bayaran balik bagi program MiMBAR meningkat sehingga 99 peratus menjelang Oktober 2014.

Katanya bagi menjamin keberkesnan terhadap kedua-dua program ini, beberapa langkah sudah diambil Kerajaan Negeri.

“Skimsel dan MiMBAR akan bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk mendapatkan bantuan latihan, bengkel usahawan, mempromosi produk yang dihasilkan, peluang menyertai karnival projek peningkatan kualiti produk dan pembungkusan serta lain-lain,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.