Categories
SELANGOR

Teknologi siram air laut perangi Denggi dikaji dilaksanakan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Negeri mengkaji teknologi menggunakan air laut yang dilaksanakan negara luar dalam menangani isu denggi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata setakat ini Kerajaan Negeri memanfaatkan Penggunaan Nyamuk Gajah (Toxorhynchites) dan Alat Perangkap Magnetik (Mosquito Magnet) bagi mendepani masalah denggi.

grafik-DNS“Kita juga akan mengkaji teknologi digunakan di luar negara serta pengalaman negara lain dalam menangani isu denggi seperti Taiwan menggunakan teknologi air laut untuk menyiram kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk dan ia di dapati berkesan,” katanya.

Daroyah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dalam sidang DNS hari ini.

Beliau menambah, selain penggunaan teknologi, Kerajaan Negeri juga telah mengerakkan beberapa program mega memerangi denggi.

Antaranya, Satu Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Gotong Royong Mega ‘Terjah dan Musnah Aedes’ telah dilancarkan Dato’ Menteri Besar pada 3 November 2014 yang lalu.

Di peringkat PBT pula, Gotong Royong Mega Terjah dan Musnah Denggi telah dilaksanakan pada 16hb November yang lepas.

“Program ini melibatkan seluruh 12 Pihak Berkuasa Tempatan di 24 zon setiap PBT, 9 Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, 248 Ahli Majlis PBT dan 491 ketua-ketua kampung seluruh Selangor ini memperlihatkan komitmen dan keseriusan kerajaan negeri demi mencapai objektif yang digariskan,” katanya.

Untuk rekod, sehingga 21 November lalu, sebanyak 5,943 premis sekitar Selangor dikenalpasti positif kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Dalam pemeriksaan pembiakan Aedes yang diadakan di 338,620 premis, 1,779 daripadanya dikenakan kompaun, manakala 571 notis dikeluarkan kepada pemilik premis.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.