Categories
SELANGOR

Temui Hatta Dolmat dalam Borak-Borak 23 Nov

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 NOV: Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program bual bicara ‘Borak-Borak Siri 3’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada hujung minggu ini.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, program kali ini mengetengahkan pereka muda terkenal, Hatta Dolmat.

HattaKatanya, Hatta akan menyampaikan topik berkenaan pengalaman dan cabaran sebagai seorang pereka fesyen tanah air.

“Tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang khususnya kepada golongan anak muda untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut tentang cabaran dunia fesyen tempatan dan perkembangan fesyen di Malaysia.

“Apalagi Hatta merupakan finalis Projek Runway Malaysia Musim Pertama 2007 dan banyak menerima tempahan rekaan pakaian artis Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Program ‘Borak-Borak Siri 3’ dijadualkan berlangsung pada 23 November (Ahad) ini bertempat di Laman Seni 2 di sini bermula jam 8 hingga 11 malam.

Sehari sebelum itu, turut dianjurkan ialah program Pusat Seni Setempat bertempat di Laman Seni 7 bermula jam 5 petang.

Shahrin berkata, Pusat Seni Setempat akan mengetengahkan persembahan muzik dan nyanyian, bacaan puisi, persembahan tarian kebudayaan dan sebagainya.

“Program ini juga merupakan antara pengisian aktiviti yang diadakan untuk mempromosikan Laman Seni yang merupakan antara tarikan pelancongan baru di Shah Alam,” katanya lagi.

Bagi sebarang pertanyaan berhubung Program Pusat Seni Setempat ini, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Kebudayaan MBSA, Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-350 7888 atau Shahrin sendiri di talian 013-3380551.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.