Categories
NASIONAL

Desak kerajaan turunkan harga RON 95 walaupun RON 97 turun 20 sen

SHAH ALAM 18 NOV: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa agar rakyat terus memberikan tekanan dan mendesak Kerajaan Pusat untuk menurunkan harga petrol walaupun dengan penurunan Petrol RON 97.

“Pagi tadi saya umumkan kalau tidak ‪‎turun harga minyak‬ RON95, RON97 dan diesel menjelang 1 Disember 2014, kita akan turun demo besar-besaran pada 31 Disember 2014.

Minyak“Malam ini, harga RON97 turun 20 sen. Terus tekan Barisan Nasional,” kata Rafizi dipetik di laman Facebooknya.

Harga petrol RON97 akan turun sebanyak 20 sen kepada RM2.55 seliter mulai 19 November.

Perubahan harga terakhir petrol premium itu adalah pada September dengan kenaikan harga sebanyak 15 sen yang menyaksikan harganya menjadi RM2.75 seliter.

Ia telah disahkan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

Kementerian Kewangan telah menghantar surat kepada Petronas Dagangan Berhad berhubung penurunan harga bahan api itu hari ini.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh ‘apungan terurus’, dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran

harga ronHarga RON97 memuncak pada RM3 seliter pada September tahun lepas.

Pada Oktober tahun ini, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 seliter dalam usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi.

Sebelum ini,Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran jika Kerajaan Pusat enggan menurunkan harga bahan api menjelang 1 Disember.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.