Categories
NASIONAL

Wan Azizah harap Anwar tabah, akan kekal bersama

PUTRAJAYA 4 NOV: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kekal tabah dengan ujian yang diberikan Allah ke atasnya.

Beliau yang menemani Anwar ke Mahkamah Persekutuan bagi menghadap pertuduhan kes finah II itu berkata, sebagai seorang pemimpin ia adalah ‘rencah’ yang perlu dilalui dalam dunia politik.

Katanya, beliau akan terus kuat dan tabah bersama suami dalam menghadapi perjuangan bersama rakyat untuk menentang tindakan prejudis kerajaan yang sering menyalahkanguna kuasa dan menzalimi rakyat.

Anwar dan Wan Azizah Kongres PKR“Sebagai isteri, pasti kita harapkan yang terbaik, sebab ini adalah ujian daripada Allah.

“Kita bermohon Allah memberi kemudahan berterusan untuk dunia dan akhirat sebab apapun kita kena ingat hidup ini akan dipersoalkan nanti,” katanya yang dipetik dari Keadilan Daily.

Berdasarkan hujah yang kukuh daripada pihak peguambela, Wan Azizah menjelaskan, beliau begitu yakin yang Anwar akan terlepas daripada pertuduhan itu.

“Kalau mengikut perundangan yang tidak dipengaruhi kuasa eksekutif dan politik, seharusnya Anwar dibebaskan. Sebab itu, saya mengharapkan hakim memberi keputusan yang terbaik kerana melihat peguam bela memberi hujah yang begitu kukuh.

“Dan tidak ada sebab mengapa mahu memenjarakan Anwar seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.