Categories
SELANGOR

Warga kerja MBSA didedah kepentingan jaga kesihatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini menganjurkan Bulan Kualiti, Kesihatan & Intergriti pada 5 November lepas bertempat di Dewan Bankuet MBSA.

Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin berkata, program ini diadakan khusus untuk warga kerja MBSA bagi memberi peluang kepada mereka untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

MBSA kesihatanKatanya, program bertujuan memberi pendedahan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan kepada warga kerja MBSA.

“Khususnya bagi mereka yang tidak berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan akibat kesibukan melaksanakan kerja-kerja seharian.

“Warga kerja diberi peluang untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan yang disediakan seperti pemeriksaan tekanan darah, kadar gula dalam darah, pemeriksaan payudara untuk wanita,” katanya dalam satu kenyataan.

Program dimulakan dengan senamrobik yang disertai oleh 800 orang kakitangan MBSA dari pelbagai jabatan termasuk Timbalan Datuk Bandar, Mokhtar Hani.

Selain itu, aktiviti pameran turut diadakan daripada pihak Etiqa Takaful Insurans, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional serta penyertaan pihak lain seperti Bizzy Body, Herbalife, Eskavie dan sebagainya selain kempen derma darah yang dianjurkan oleh Pusat Darah Negara.

Mengulas lanjut, Shahrin berkata, program pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan ini juga merupakan inisiatif MBSA bagi memastikan warga kerja mempunyai kesihatan yang baik dan cergas.

“Program ini ternyata memberi manfaat bagi kepentingan mereka, pada masa yang sama membantu pihak MBSA meningkatkan kualiti kerja sekaligus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Shah Alam,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.