Categories
SELANGOR

28 keluarga mangsa banjir terima sumbangan Kerajaan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAPAR, 28 DIS: Keresahan mangsa banjir di Kampung Kapar di sini sedikit terubat apabila Kerajaan Negeri Selangor menghulurkan sumbangannya malam tadi.

Sumbangan wang tunai berjumlah RM500 dan makanan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar , Mohamed Azmin Ali yang bergegas ke pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Abdul Samat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

klangB53E2AuCUAEaMviKetika menyampaikan ucapan ringkasnya, Mohamed Azmin memohon maaf kepada mangsa terlibat kerana tidak mengunjungi pusat pemindahan mangsa banjir terbabit lebih awal disebabkan lawatan kerja dua hari di Kelantan.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat datang lebih awal kerana saya berada di Kelantan selama dua hari sejak Jumaat kerana kita sedia maklum Kelantan mengalami banjir paling dahsyat sejak 43 tahun lalu.

“Kita sebagai sebuah kerajaan yang peduli rakyat sudah tentulah bukan sekadar menjaga kebajikan rakyat Selangor sahaja tetapi kita juga bertanggungjawab membantu mereka yang menanggung musibah di negeri lain.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri melahirkan rasa simpati dan tanda kasih kepada mangsa banjir di sini dan saya harap supaya bersabar dengan ujian yang Allah berikan,” kata Mohamed Azmin ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Abdul Samad di sini, malam tadi.

MB Azmin Jelas Mohemad Azmin, beliau mengambil keputusan menangguhkan lawatan ke Ipoh Perak sejurus Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi memaklumkan terdapat kejadian banjir di sini.

Sementara itu Dr Daroyah memaklumkan kepada Selangor Kini, Mohamed Azmin sepatutnya ke Ipoh bagi menyerahkan bantuan Kerajaan Selangor kepada Kerajaan Perak.

Selain melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Abdul Samad, Mohamed Azmin sebelumnya turut bertemu mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

Semalam, seramai 78 orang darpada 18 keluarga yang tinggal di Jalan Kenangan dan Jalan Benteng, Kampung Kapar ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abdul Samat selepas rumah masing-masing mula dinaiki air ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu dan 10 keluarga dari Jalan Persiaran Hamzah, Kampung Meru pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.