Categories
SELANGOR

Shah Alam sedia bantu Putrajaya hapus rumput miang Mexico

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 13 DIS: Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam usaha menghapuskan rumput miang Mexico (Parthenium hysterophorus) di Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata pihaknya kini menanti laporan daripada Jabatan Pertanian berhubung kewujudan tumbuhan berbahaya itu.

“Kerajaan Negeri dalam apa jua tindakan menantikan laporan, arahan dan tindakan daripada pihak jabatan pertanian dan mereka lebih arif.

“Kita sedia bekerjasama sepenuhnya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutama di Selangor,” katanya.

Starr_060527-9512_Parthenium_hysterophorus

Semalam, Jabatan Pertanian mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa bertindak bagi menghapuskan rumput miang Mexico yang mampu memberi alahan kulit dan gangguan pernafasan.

Jabatan Pertanian membentuk sebuah jawatankuasa bertindak bagi menghapuskan rumput miang Mexico yang mampu memberi alahan kulit dan gangguan pernafasan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata, ia bagi menghapuskan rumput tersebut yang kini dikesan merebak di enam negeri membabitkan kawasan seluas 28.28 hektar termasuk Selangor.

Antara negeri yang dikesan ditumbuhi rumput miang Mexico ialah Perak (lapan hektar), Selangor (0.7 hektar), Kedah (13 hektar), Negeri Sembilan (5.6 hektar), Johor (0.9 hektar) dan Melaka (0.08 hektar).

Majlis Penyelidikan Pertanian India (ICAR) melaporkan kejayaan mengawal rumput miang Mexico menggunakan kumbang Parthenium (Zygogramma bicolorata) yang diimport dari Mexico.

Dedaun dan bunga yang belum matang rumpai itu merupakan makanan kegemaran kumbang itu, malah mata tunas rumpai itu merupakan santapan utama larva kumbang itu.

607px-Parthenium_beetle

Leave a Reply

Your email address will not be published.