Categories
SELANGOR

Anwar junjung kasih dikurnia darjah pada 1992, terus tugas Penasihat Ekonomi

SHAH ALAM 4 DIS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan Selangor dan rakyat.

Katanya, beliau mengambil maklum, bahawa Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.

anwar-jata“Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini dikurniakan kepada saya pada 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan.

“Saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya,” kata Anwar dalam kenyataan media.

Beliau berkata tetap menjalankan tugasnya terutama dalam menjunjung perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta sentiasa mendokong perjuangan untuk meningkatkan martabat rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.