Categories
NASIONAL

Anwar: Najib perlu mohon maaf, tarik semula kenyataan tawaran RM100 juta

KUALA LUMPUR 2 DIS: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang dibuat terhadap beliau.

Anwar berkata, Najib pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lalu, mendakwa beliau menawarkan RM100 juta kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam usaha membawanya menyertai Pakatan Rakyat (PR).

anwarTuduhan itu berasaskan kenyataan Anifah di Mahkamah Tinggi yang mendakwa Anwar menawarkan ganjaran itu dengan menamakan ahli Perniagaan, Datuk Ishak Ismail sebagai orang tengah.

Ishak bagaimanapun semalam menafikan membuat tawaran berkenaan, sebaliknya wakil Anifah sendiri datang bertemu beliau bagi memujuk Anwar menarik balik saman terhadapnya.

Anwar berkata, walaupun perbicaraan saman terhadap Anifah sedang berlangsung, Najib memilih untuk mengulangi tuduhan tidak berasas yang dibuat menteri berkenaan.

“Saya kini menyeru Najib untuk menarik balik kenyataan palsu yang dibuat pada perhimpunan UMNO itu dan memohon maaf kepada saya dan PR.

“Politik wang dan kaedah rasuah sentiasa menjadi lambang Umno dan BN, PR tidak pernah mengamalkannya dan tidak akan bertolak ansur dengan politik  wang atau rasuah,” tegasnya.

anifah amanAnifah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar untuk berpaling tadah, pada 27 November lalu.

Katanya, tawaran itu dibuat melalui Ishak yang juga bekas Timbalan Presiden KFC bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai PR dan membentuk kerajaan pada 2008.

Ishak bagaimanapun menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati ‘orang tengah’ Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah berkenaan, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.