Categories
SELANGOR

Apa Kes?: Bumbung hentian bas bocor tidak diganti

Oleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 DIS: Bumbung hentian bas yang bocor berhampiran Blok 31 Flat PKNS, Seksyen 7 sejak lebih dua bulan lalu menimbulkan rasa tidak selesa pengguna pengangkutan awam.

Seorang pelajar Universiti Selangor (Unisel) Farid Wahid memaklumkan, beliau bersama pengguna bas awam yang lain akan terkena tempias air hujan kesan daripada kebocoran bumbung berkenaan.

“Masalah ini banyak memberi kesan kepada mereka seperti saya yang menunggu bas untuk menjalankan aktiviti harian.

“Ia akan menyukarkan mereka untuk menunggu bas disebabkan oleh bumbung bocor, terpaksa kena tempias hujan.

“Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi email.

IMG_4791

Turut dikongsi beberapa keping foto yang menunjukkan kebocoran bumbung hentian bas di kawasan tersebut.

Selain itu, terdapat pelekat iklan haram yang ditampal di tiang dan bumbung hentian bas sekaligus memburukkan lagi keadaan.

IMG_4793

Selangot Kini telah memaklumkan masalah ini kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk butiran lanjut namun masih belum menerima sebarang kenyataan balas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.