Categories
SELANGOR

Apa Kes? Dahan reput bahaya penduduk, MDKS bertindak segera

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 DIS: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) digesa untuk segera mengambil tindakan berhubung dahan pohon reput di laluan menghala Puncak Alam.

Seorang penduduk, Ahmad Zamri Taib 50, berkata keadaan itu dikhuatiri membahayakan pengguna jalan berkenaan terutama yang bermotosikal.

Apa KESKatanya, tindakan pantas perlu dilakukan sebelum kejadian tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang.

“Banyak dahan-dahan reput yang sudah patah dan tergantung antara dahan-dahan lain.

“Bayangkan kalau dahan ini jatuh ketika ada pengguna, bukankah bahaya.

“Saya sudah beberapa cuba menghubungi pihak MDKS bagi menyampaikan aduan tetapi malangnya gagal,” adunya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, cubaan Selangor Kini ke talian aduan MDKS dijawab pegawai operator hanya selepas satu panggilan sahaja.

Pihak MDKS mengambil maklum aduan yang diajukan dan berjanji tindakan segera akan dilakukan demi keselamatan pengguna dan penduduk Puncak Alam.

MDKS juga mengucapkan terima kasih kepada pengadu dan berharap lebih ramai lagi yang prihatin dan sedia bekerjasama dengan MDKS.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.