Categories
SELANGOR

APA KES? MBSA diminta perjelas status Jalan Bukit Hijau 26/24

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 DIS: Seorang penduduk Seksyen 26 di sini mahu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjelaskan status Jalan Bukit Hijau 26/24.

Bekerja sebagai Juru Ukur Bahan, Alfazril Awaludin ,31, berkata beliau dan penduduk sekitar keliru sama ada jalan berkenaan berstatus sehala atau dua hala.

Apa KESKatanya, pembinaan batu penghalang di persimpangan sebuah stesen minyak menyebabkan hanya sebuah kenderaan sahaja boleh melalui pada satu-satu masa.

“Ini menyusahkan kami yang tinggal di kawasan perumahan itu.

“Setiap petang waktu balik kerja, kesesakan berlaku kerana kereta dari dua hala ingin melalui jalan yang dibina ‘kerb’ itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas lanjut, Alfazril berkata aduan sudah diajukan kepada MBSA lebih dua bulan lepas namun sehingga kini tiada jawapan dan tindakan.

Jalan Bukit Hijau“Saya menghantar aduan secara atas talian di laman web MBSA dan menerima jawapan bahawa aduan sudah diajukan kepada Jabatan Kejuruteraan.

“Namun malangnya keadaan masih sama, kami masih lagi bersesak terutama waktu puncak,” luahnya kesal.

Sementara itu, pihak Selangor Kini masih menanti jawapan dan respon daripada MBSA berhubung status dan tindakan lanjut berhubung aduan berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.