Categories
SELANGOR

APA KES?: Rumah terbengkalai Lembah Beringin, bilakah penantian berakhir?

Oleh:AFIX REDZUAN

SHAH ALAM,5 DIS: Seorang pembeli rumah terbengkalai meluahkan rasa kesal kepada Selangor Kini ekoran kegagalan pihak pemaju menyiapkan kediaman dibelinya sejak 1997 namun sehingga kini hanya terbiar usang tanpa pembelaan.

Hanya ingin dikenali sebagai ‘Cikgu Teraniaya’ beliau memaklumkan, Projek Taman Lembah Beringin Jenis Heart Fasa 2 ini sepatutunya siap pada 1999 dan selewat-lewatnya sudah boleh diduduki sekitar 2000 namun semuanya hampa.

Apa KESLebih menyedihkan, pemaju projek, syarikat itu sudah disenaraihitam kerajaan dan sehingga kini beliau terpaksa meneruskan pembayaran bulanan berjumlah lebih RM400 melalui potongan gaji.

Menurutnya, harga rumah ini sekitar RM99,000 dan ia mula terbengkalai selepas 50 peratus siap dibina.

Turut dimaklumkan, kerajaan telah membayar RM50,000 kepada syarikat pemaju dan pembeli juga terpaksa meneruskan pembayaran baki projek ini.

“Projek ini daripada anak saya kecil (dalam pantang) sampai dia ambil SPM.

“Untuk makluman, saya mengambil pinjaman kerajaan dan potongan gaji masih lagi dibuat bagi pembayaran berperingkat 50 peratus (siap) yang telah dibayar oleh kerajaan kepada pihak pemaju.

“Kerajaan bermurah hati untuk memberi pelepasan bayaran faedah kepada saya selepas status rumah tersebut dikenalpasti sebagai terbengkalai.

“Dahulunya pembayaran dibuat sekitar RM600 lebih sebulan tetapi sudah dikurangkan menjadi RM400 lebih selepas mendapat pelepasan bayaran faedah,” luahnya yang mengajar di Kedah ketika projek ini mula terbengkalai.

Menurutnya, satu pertemuan dengan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) pernah dibuat sekitar 2002 telah diadakan bersama pembeli teraniayai ini namun kata putus tidak boleh dibuat ketika itu disebabkan tidak mendapat persetujuan 75 peratus pembeli supaya projek ini dipulihkan.

“Saya ingin bertanya, adakah bajet Kerajaan Selangor 2015 yang diumumkan baru-baru ini bagi peruntukan memulihkan rumah terbengkalai, projek terbengkalai Lembah Beringin termasuk salah satu daripada senarai projek yang akan dipulihkan?

“Saya berharap tindakan mantap membela nasib pembeli dizalimi pemaju yang tidak bertanggungjawab diambil kerajaan baik persekutuan ataupun negeri,” katanya lagi.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Selangor telah menyelesaikan 51 buah projek perumahan terbengkalai sejak Mac 2008 sehingga 30 November 2014 yang melibatkan 26,286 unit rumah .

Dalam penelitian Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) adalah 51 projek yang terdiri daripada 28 projek berlesen dan 23 projek tidak berlesen.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.