Categories
SELANGOR

APA KES? Stesen bas pindah ke Seksyen 13, pengguna mahu kemudahan lebih selesa

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 DIS: Pengguna mahu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kemudahan mencukupi stesen bas sementara di Seksyen 13 selain memastikan tidak berlaku kesesakan jalan raya ekoran berdekatan dengan Stadium Shah Alam.

MBSA membuat keputusan untuk memindahkan sementara stesen bas di Seksyen 17 ke Seksyen 13 untuk kerja naik taraf.

Apa KESBerdasarkan topik perbincangan dimuat naik di laman Facebook Shah Alam Resident (SAR) mendapati, mereka menyambut baik inisatif menaiktaraf infrastruktur stesen bas Seksyen 17.

Namun kebimbangan mereka terarah kepada kesesakan lalu lintas yang dihadapi di Seksyen 13 selepas stesen bas sementara ini beroperasi pada 15 Disember ini.

Ini kerana, kawasan berkenaan berhampiran dengan stadium menjadi lokasi rasmi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki di antara Malaysia dan Thailand, 20 Disember ini dan juga kejohanan bola sepak lain.

Noorhalem Abdullah menyambut baik pemindahan sementara lokasi stesen bas yang mempunyai ruang besar sementara waktu meskipun kesesakan berskala besar mungkin berlaku pada hujung minggu.

reaksi 1“Setakat ini Seksyen 13, banyak lagi ruang di kawasan stadium. Logik pindah situ sementara tapi sesak la waktu balik kerja dan pagi Ahad sebab ada pasar di situ,” katanya.

Izy Ismail, berkata masalah kesesakan tidak menjejaskan perjalanan disebabkan kawasan tempat letak kereta luas dan berdekatan masjid untuk kemudahan solat.

“Bab bola tu tak jadi masalah, sebab bukan hari-hari ada lawan bola. kalau bab pasar pulak tak silap saya pasar belah depan tesco extra,” katanya.

Selain itu, pihak berwajib diminta menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan tempat menunggu yang sesuai untuk kegunaan pengguna.

“Seksyen 13 adalah tempat terbaik. Keluasan tapak cukup baik daripada dibiarkan kawasan tidak digunakan.

“Cuma harap pihak berwajib, ambil tanggungjawab dan inisiatif pastikan tapak sementara sudah ada fasiliti asas,” kata Nazima Rosli.

rekasi 2Sementara itu, Azamudin Azam berharap stesen bas Seksyen 17 mempunyai kemudahan lebih baik berbanding sekarang apabila ia siap sepenuhnya kelak.

Katanya, pihak berwajib perlu menyediakan ruang meletakkan kenderaan lebih besar terutama untuk mereka meletakkan motosikal.

“Harapan saya agar keadaan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang.

“Contohnya kedai makan lebih bersih persekitaraan, tandas lebih besar dan selesa, ruang menunggu pun lebih besar.

“Tak lupa juga tempat letak kenderaan. Kalau boleh, biarlah berbumbung untuk motosikal. Kesian kalau hujan helmet takung air,” ujarnya lagi.

Bas Seksyen 13Dalam pada itu, tinjauan Selangor Kini ke kawasan stesen bas sementara Seksyen 13 mendapati kerja akhir sedang dilakukan sebelum mula beroperasi Isnin ini.

Kelihatan beberapa individu sedang melakukan kerja penurapan jalan selain memasang bumbung.

Sebanyak 24 kaunter tiket disediakan untuk memudahkan pengguna membeli tiket bas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.