Categories
SELANGOR

Azmin: Ganti Anwar, “Awak setuju? Kalau awak setuju saya ok lah”

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 16 DIS: Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melihat kenyataan Penganalisis politik Prof Jayum Jawan yang memetik dirinya sebagai sosok paling sesuai mengantikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar pandangan peribadi.

“Ini pendapat dan pandangan profesor,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Bayaran Saguhati kepada pembeli projek Perumahan Taman Bukit Impian, di sini hari ini.

AzminDiasak pemberita untuk mengulas lebih lanjut, Mohamed Azmin secara berseloroh berkata pandangan itu hanya akan terjadi sekira dirinya menerima sokongan daripada wartawan.

“Awak setuju? Kalau awak setuju saya ok lah,” kata Timbalan Presiden PKR itu dengan nada berjenaka bertanya kembali kepada wartawan.

Semalam, Prof Jayum Jawan berkata Anwar sudah tidak releven dalam suasana politik semasa dan bakal penggantinya perlu digarap daripada sekarang.

Prof Jayum yang juga Timbalan ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) itu juga secara jelas memetik Mohamed Azmin sebagai calon paling layak memandangkan dirinya mempunyai potensi untuk bertanding merebut jawatan Presiden PKR akan datang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.