Categories
SELANGOR

Datum Jelatek: Nilai hartanah dijangka melonjak lebih 50 peratus

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Pembangunan Datum Jelatek di Taman Keramat diyakini memberi pulangan besar kepada pelbagai pihak termasuk penduduk sekitar berikutan permintaan tinggi terhadap projek berkenaan.

Projek dijalankan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp) itu dijangka bakal melonjakkan nilai hartanah di kawasan sekitar pembangunan itu pada kadar tinggi melebihi 50 peratus.

datumjelatek01

Ketua Pegawai Operasinya, Shytul Shahryn Shaari, berkata perkembangan terhadap pembangunan itu berjalan lancar dengan maklum balas positif diterima daripada pelbagai pihak.

Katanya, dengan kemudahan kediaman, komersil, komponen runcit dan pejabat disediakan akan memangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

“Dengan peningkatan itu, nilai hartanah diramalkan meningkat di kawasan berhampiran dan sekitar dengan kadar tinggi.

“Untuk rumah teres satu tingkat di Jalan Enggang, nilai harganya dijangka akan naik antara RM800,000 hingga RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat setempat turut memberi reaksi yang baik mengenai pembanguan itu melalui sesi perjumpaan dan taklimat yang dijayakan pihaknya.

“Kita terima respon menggalakkan dari kalangan penduduk. Ini membuktikan projek terbabit mendapat sokongan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.