Categories
SELANGOR

Exco kata ‘tidak’ pada peruntukan khas kerja urus sampah

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 1 DIS : Kerajaan Negeri tiada cadangan memberi peruntukan khas bagi kerja-kerja pengurusan sampah di kawasan kampung, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Sebaliknya, ketua-ketua kampung boleh menggunakan peruntukan tahunan sejumlah RM10 ribu dari Kerajaan Negeri untuk mengadakan program kebersihan seperti gotong-royong.

“Ini kerana, kerja penyelenggaraan kawasan seperti di kampung telah distrukturkan seperti di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah melantik kontraktor bagi kerja kutipan sampah domestik melalui tender terbuka.

“Selain itu, terdapat juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyediakan tong sampah di lokasi strategik dalam kawasan kampung berhampiran jalan PBT supaya memudahkan lori sampah PBT sampah penduduk kampung,” katanya sebagai menjawab pertanyaan lisan daripada Razaly Hassan (PAS – Dusun Tua) di sidang DNS, hari ini.

Selain itu, Ean juga mengalakkan Adun untuk turut serta membuat program gotong-royong bersama Ahli Majlis, Ketua Kampung serta penduduk demi kebersihan kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.