Categories
SELANGOR

Kekalkan nilai sejarah Stesen Bas Old Town PJ

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 9 DIS: Projek pembangunan semula Stesen Bas Jalan Othman di Old Town (PJ Old Town) di sini perlu mengekalkan nilai sejarah kerana ia merupakan mercu tanda Petaling Jaya Old Town.

Pengerusi Rukun Tetangga PJ Old Town Seksyen 1, Kok Kuan Yong, berkata Rukun Tetangga sudah menulis surat kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkenaan perkara itu.

PC Rajiv dan Haniza berkenaan stesen bas di PJ Old Town (8)“Kita juga memerlukan mercu tanda supaya orang tahu ini adalah kawasan Petaling Jaya Old Town,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata penduduk memerlukan dua bangunan tempat letak kereta kerana kawasan ini sesak.

ADUN Taman Medan, Haniza Talha, berkata hub bas ini bakal tidak akan berfungsi seperti yang diharapkan meskipun peruntukan besar diberikan Kerajaan Pusat.

Katanya, nilai tanah di Petaling Jaya yang tinggi perlu digunakan secara maksima dan sesuai dengan keperluan penduduk setempat.

“Kita melihat kepada keperluan pasar yang baru sebenarnya, dengan pembinaan pasar baru, ruang ini dapat memberikan manfaat kepada tempat letak kereta pasar.

PC Rajiv dan Haniza berkenaan stesen bas di PJ Old Town (2)“Tidak terlambat menangguhkan projek ini dahulu untuk berbincang,” katanya lagi.

Beliau berharap tindakan ini tidak dianggap sebagai menentang MBPJ sebaliknya sebagai cadangan kepada mereka untuk menggunakan ruang yang ada secara optimum.

Berdasarkan tinjauan di sekitar stesen bas ini kelihatan pagar penghadang sudah mula dibina sebagai persediaan memulakan projek pembinaan semula.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.