Categories
SELANGOR

LRA Bernam River kembali beroperasi, gangguan air di Sabak Bernam berakhir

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM,5 DIS: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headworks (BRH) kembali beroperasi sekaligus menamatkan masalah gangguan air di Wilayah Sabak Bernam.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Priscilla Alfred berkata kesemua lapan buah paras tangki sudah kembali normal dan sehingga jam 12 tengahari, hanya terdapat dua aduan tekanan air rendah.

syabasci__0022_Layer 7“Kedua-dua loji BRH beroperasi semula dan semua level (paras) tangki (8 buah) di Wilayah Sabak Bernam kembali normal.

“Setakat jam 12 tengah hari, hanya terdapat dua aduan tekanan rendah di kawasan Pasir Panjang dan Paket 60.

“Kawasan lain keseluruhan pulih sepenuhnya 100 peratus. Walau bagaimanapun pihak Wilayah akan teruskan pemantauan di tapak,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini.

Syabas sebelum ini memaklumkan 30,098 di Sabak Bernam pengguna mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual disebabkan penutupan sementara sebahagian daripada Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headwork oleh operatornya Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB)

Penutupan ini disebabkan kejadian banjir pada loji rawatan air tersebut akibat peningkatan aliran air Sungai Bernam secara mendadak kesan daripada hujan lebat yang turun.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.