Categories
SELANGOR

Masjid Ar-Ridhuan siap, program keagamaan dan jemaah bertambah

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 5 DIS: Kariah Pekan Jeram tidak lagi berdepan suasana serba kekurangan dan perlu berhimpit-himpit ketika mendirikan solat berjemaah apabila Masjid Ar-Ridhuan siap dibina bagi mengantikan masjid lama yang usang di pekan itu.

Sultan Rasmi Masjid di Pekan Jeram (8)Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Jeram, Abdullah Ismail,66, berkata sejak masjid baru itu siap bina pada 2012, aktiviti keagamaan dan program keilmuan semakin rancak dianjurkan.

“Masyarakat Islam di sini berbesar hati dengan kemudahan yang tersedia di masjid ini.

abdullah Ismail a“Aktiviti keagamaan dan program ilmu juga semakin rancak dianjurkan dan diharap ia berterusan dalam usaha kita mengimarahkan masjid,” katanya ketika ditemui Selangor Kini pada Majlis Perasmian Masjid Ar-Ridhuan, Pekan Jeram di sini, hari ini.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan masjid tersebut sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69.

Sebelum ini, Jawatankuasa masjid Pekan Jeram telah memohon untuk mendapatkan masjid baru sejak 2002 kepada negeri pada masa itu, tetapi pelbagai rintangan dihadapi.

Bagaimanapun, hasrat itu menjadi kenyataan selepas kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat meluluskan pembinaannya pada 2010 dan siap dua tahun selepas itu.

Hasmah Tuah aMuslimah Pekan Jeram, Hasmah Tuah,53, menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih diatas keprihatinan Baginda Sultan dan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan institusi agama negeri.

“Selain beribadah, muslimah di sini juga gunakan masjid ini sebagai tempat berkumpul untuk majlis ilmu.

“Kemudahan tempat letak kenderaan, laluan mesra OKU, dan reka bentuk mesra muslimah memberi keselesaan kepada kami,” katanya.

Dibina atas tanah seluas empat ekar, masjid baru itu mampu menampung lebih 2,000 jemaah dalam satu masa dengan kemudahan meletak kereta lebih luas serta ruang solat berhawa dingin.

Masjid bernilai RM6.4 juta itu turut dilengkapi kemudahan sukan futsal, bilik pengurusan dan persediaan jenazah, dapur penyediaan makanan dan bilik mesyuarat.

Hassan Jaludin a“Tidak seperti dahulu, masjid kecil yang usang, kemudahan serba kekurangan.

“Ada ketika jemaah terlalu ramai melebihi kapasiti masjid dan terpaksa solat di panas terik dan hujan,” jelas Hassan Jaludin, 76, bekas Tok Siak Masjid Lama Pekan Jeram.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.