Categories
SELANGOR

MB: Tiada layanan istimewa Splash muktamad perjanjian air

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 16 DIS: Tiada layanan istimewa kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dalam isu perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Kerajaan Negeri membuka ruang kepada Splash untuk tidak memuktamadkan perjanjian air pada September lalu.

Azmin Air“Itu tidak betul, kita telah muktamadkan perjanjian dengan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bulan lepas.

“Manakala Splash, berdasarkan perjanjian asal diberi tempoh setahun (sehingga 12 September 2015) untuk memuktamadkan perjanjian itu dengan Kerajaan Negeri dan itu ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Khalid menerusi laporan berita portal The Malay Mail mendakwa Kerajaan Negeri memberi layanan istimewa kepada Splash kerana syarikat itu masih lagi tidak memuktamadkan perjanjian air pada September lalu.

Abdul Khalid juga dilaporkan menegur Kerajaan Negeri pimpinan Mohamed Azmin untuk tidak tunduk kepada sebarang bentuk tekanan sehingga mengorbankan kepentingan rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.