Categories
SELANGOR

MBSA harap agensi bertanggungjawab selesaikan isu Jalan Bukit Hijau dengan segera

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berharap agensi berkaitan dapat bertindak menyelesaikan isu Jalan Bukit Hijau 26/24 dengan kadar segera.

Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berhubung isu berkenaan.

Katanya, perbincangan dilakukan kerana perkara itu melibatkan tindakan bersama kedua-dua agensi berkenaan.

“Dalam mesyuarat itu beberapa cadangan pembaikan diutarakan dan tindakan daripada agensi yang berkaitan amat diharapkan.

“Kita mahu masalah ini selesai segera demi kesejahteraan dan keselesaan pengguna jalan khususnya masyarakat yang tinggal di kawasan berkenaan,” katanya.

Jalan Bukit Hijau

Semalam, Selangor Kini menyiarkan aduan seorang penduduk Seksyen 26, Alfazril Awaludin ,31 berhubung status Jalan Bukit Hijau 26/24 yang dipenuhi susunan penghalang batu (kerb).

Katanya, pembinaan itu menyebabkan hanya sebuah kenderaan sahaja boleh melalui pada satu-satu masa.

“Ini menyusahkan kami yang tinggal di kawasan perumahan itu.

“Setiap petang waktu balik kerja, kesesakan berlaku kerana kereta dari dua hala ingin melalui jalan yang dibina ‘kerb’ itu,” katanya semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.