Categories
SELANGOR

Tiga jawapan menangi 50 tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki

Oleh LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM: Hanya dengan tiga langkah mudah, orang ramai berpeluang memenangi tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki yang dijadual berlangsung 20 Disember ini.

Tawaran itu dibuat Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari dengan hanya¬†menekan butang ‘Like’ di Facebook Amirudin Shari atau ‘follow’ di twitter @Amir_Shari.

amirB5CtgzTCIAAMdp_

Mereka kemudian diberi soalan mudah bermula jam 3 petang untuk dijawab.

Peserta 50 peserta yang berjaya akan diberi tiket menonton perlawanan antara skuad Harimau Malaya dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka hanya perlu berkumpul di Stesen LRT Bukit Jalil jam 5 petang 20 Disember ini untuk mendapatkan tiket yang dimenangi.

Pasukan bola sepak negara mengesahkan tempat ke perlawanan akhir dengan kiraan agregat 5-4 selepas menang 4-2 Stadium Nasional My Dinh, Hanoi meskipun tewas 1-2 di Stadium Shah Alam.

Perlawanan akhir pusingan i pertama dijadual berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok Rabu (17 Disember) manakala perlawanan akhir kedua diadakan di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.