Categories
SELANGOR

Peniaga asing berani langgar kawasan didalangi orang tempatan

Oleh NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 10 DIS : Kebanjiran peniaga warga asing di pasar-pasar disyaki didalangi warga tempatan, kata Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Zon 4, Anizan Othman.

Katanya, MBSA tidak pernah mengeluarkan lesen penjaja kepada warga asing untuk mereka berniaga di mana-mana tapak peniagaan di bandaraya itu.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah terdapat sesetengah warga tempatan yang memiliki lesen menyewakannya kepada warga asing.

mpp_4“Warga asing terlibat seakan boleh menghidu dan melarikan diri setiap kali MBSA lancarkan operasi.

“Mereka seolah-olah telah menerima maklumat awal berhubung operasi MBSA dari dalang,” katanya.

Menyentuh aktiviti perniagaan warga asing yang beroperasi diluar pasar pula, Anizan tidak menolak kemungkinan mereka dibayar gaji sebagai pekerja oleh warga tempatan.

“Sejauh mana kebenaran perniagaan itu diusahakan oleh warga asing. Ada kes, perniagaan diluar petak (rambo) ini didalangi oleh warga tempatan.

“Peniaga rambo ini tidak mempunyai lesen dan ambil jalan mudah dengan membuka meja dan berniaga di luar pasar dengan mengajikan warga asing,” katanya sambil menambah, kes seperti ini sukar dicegah dan mereka akan kembali berniaga biarpun pihak berkuasa berulang kali melancarkan operasi dan mengambil tindakan.

P9073060

Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata MBSA tidak akan berkompromi dengan peniaga warga asing yang menjaja di mana-mana pasar di bandaraya itu.

Katanya, MBSA akan mempergiatkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti seumpama itu dari terus berulang.

Katanya, peniaga warga asing yang ingkar bakal berdepan dengan tindakan tegas.

“Kami tegas dalam hali ini kerana ia melibatkan kebajikan dan nasib perniaga tempatan.

“Mereka yang didapati bersalah berdepan dengan tindakan kompaun dan sitaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Pekan Subang, Johare Mohammad mengesa MBSA untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas perniagaan rambo yang diusahakan warga asing di kawasan luar pasar tersebut.

Katanya, perniagaan haram yang dimonopoli warga asing dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh itu menjejaskan perniagaan warga tempatan kerana pelanggan lebih mudah dan senang membeli barang keperluan mereka diluar berbanding masuk ke dalam pasar.

“Biasanya, pelanggan akan membeli barangan di gerai luar yang kebanyakannya diuruskan warga asing, jadi ia menjejaskan perniagaan kami yang berada di dalam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.