Categories
SELANGOR

PR patut jadi model pentadbiran terbaik, elak isu Timbalan DNS robek sokongan rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 DIS: Pakatan Rakyat (PR) perlu segera menyelesaikan isu jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) yang kini menjadi tuntutan DAP.

Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata isu perebutan jawatan yang berpanjangan dalam PR sejak kebelakangan ini mampu merobek kepercayaan rakyat.

Grafik-Selangor-PakatanKatanya, PR seharusnya memperlihatkan Selangor sebagai model negeri pentadbiran terbaiknya.

“Namun sebaliknya politik dalaman PR ini memberi gambaran kurang menyenangkan di kalangan rakyat.

“Maka, isu ini perlu ditangani dengan bijak bagi mematikan penyebaran kesan buruk yang semakin melebar,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas isu perebutan dan tuntutan jawatan Timbalan Speaker DNS oleh DAP yang dikatakan dijanjikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin semalam berkata beliau tidak pernah menjanjikan jawatan berkenaan kepada parti itu.

Mengulas lanjut, Mohamad tidak menolak kemungkinan isu perebutan jawatan dalam PR mampu memberi kesan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Walaupun masih jauh, isu sebegini boleh dijadikan mainan dan modal oleh parti lawan.

“Situasi seperti ini juga mudah dispekulasikan pihak lain,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.