Categories
SELANGOR

Selangor peroleh RM1.86 bilion kutipan hasil negeri sehingga September

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Selangor berjaya memperoleh kutipan hasil negeri berjumlah RM1.86 bilion sehingga 30 September lalu.

Hasil kutipan itu meliputi perihal hasil cukai (RM 505.73 juta), hasil bukan cukai (RM1.124 bilion) dan terimaan bukan hasil (RM227.72 juta).

azmin ali dalm dunDato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah kutipan hasil negeri menunjukkan pola peningkatan dari tahun 2011 hingga 2013.

“Jumlah hasil pada tahun 2011 berjumlah RM1.634 bilion sementara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM1.954 bilion.

“Peningkatan terus dicatatkan pada tahun 2013 dengan jumlah RM2.149 bilion,” katanya bagi menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan).

Selain itu. katanya, kutipan hasil turut disumbangkan melalui kutipan hasil cukai tanah, cukai hasil hutan, cukai parit dan tali air serta cukai hiburan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.